Categories
Rencana

Semoga Bahagia

Hasil karya beliau seharusnya memberi kita iktibar bahawa apa pun latar belakang kita, sebaiknya kita menyumbang dalam apa jua bentuk supaya menjadi suri teladan positif kepada yang lain.

Sentuhan mewah daripada Simfoni Singapura yang mengalunkan lagu ciptaan Zubir Said berjudul Semoga Bahagia.

Sama-sama maju ke hadapan
Pandai cari pelajaran
Jaga diri dalam kesihatan
Serta sopan-santun dengan kawan-kawan.

Dengan hati bersih serta suci
Sama-sama hormat dan berbudi
Jaga tingkah pemuda-pemudi
Adat dan budaya junjung tinggi.

Capailah lekas cita-cita pemudi-pemuda
Supaya kita ada harga di mata dunia.

Kalau kita lengah serta lupa
Hidup kita sia-sia
Jiwa besar sihat serta segar
Rajin dengan sabar tentu bahagia.

Lemah lembut perangai pemudi
Cergas tangkas wataknya pemuda
Suka rela selalu berbakti
Sikap yang pembela dan berjasa.

Capailah nama yang mulia pemudi pemuda
Rajinlah supaya berjaya semoga bahagia.

Bait-bait lirik lagu beliau acap kali memberi sentuhan nilai sahsiah yang tinggi sama ada tersurat ataupun tersirat. Kalau diperhatikan lirik di atas, keperibadian yang dikemukakan teras setiap lapisan pendidik baik guru mahupun ibu bapa, bukan sahaja di Singapura malahan di kebanyakan negara.

Hasil karya beliau seharusnya memberi kita iktibar bahawa apa pun latar belakang kita, sebaiknya kita menyumbang dalam apa jua bentuk supaya menjadi suri teladan positif kepada yang lain.

Sepanjang hayatnya, tertulis sejarah beliau yang bermastautin jauh dari tempat tumpah darah. Bayangkan ketiadaan prasarana moden dan berlakunya Perang Dunia Kedua di rantau Asia Tenggara pada ketika itu. Namun begitu, ia tidak memudarkan semangat beliau untuk memberikan yang terbaik. Bagaimana pula dengan kita?

Dalam kegentingan COVID-19 pada waktu ini, mudah untuk kita berpaling tadah terhadap harapan masa muka. Daripada berdengus akan kemalangan yang tidak dapat diramal dan dielak, mengapa tidak kita bangkit dan bersiap siaga untuk norma baharu?