Categories
Rencana

Perlukah Kita Mengikut Fesyen?

Dengan mengikuti fesyen dan gaya semasa, kita sebenarnya menghormati sesuatu acara atau sambutan. Ini bermaksud, kita menepati keadaan dan kesesuaian sekeliling kita.

Ada yang berpendapat bahawa ya, kita mesti mengikut fesyen.

Dengan mengikut fesyen dan gaya semasa, kita sebenarnya menghormati sesuatu acara atau sambutan. Ini bermaksud, kita menepati keadaan dan kesesuaian sekeliling kita. Seperti contoh, sewaktu majlis persandingan, adalah wajar untuk kita menggayakan sesuatu yang menarik dan sopan dengan memakai baju budaya yang cantik-cantik. Ini menunjukkan kita menghormati tuan rumah dan menghargai undangan tersebut. Kesannya, orang lain juga akan menghargai kehadiran kita.

Namun begitu, kita harus ingat bahawa dalam mengikut peredaran dan perkembangan fesyen semasa, kita mesti berbelanja dengan hemat dan berpada-pada agar tidak membazir wang. Dengan menjimat wang, kita menjimat ruang.

Ada pula yang berpendapat sebaliknya iaitu kita tidak patut mengikut fesyen.

Sebalik daripada mengikut gaya fesyen terkini, kita tidak patut terlalu bergaya jika keadaannya tidak memerlukan. Ini bermakna, fesyen boleh mendatangkan mudarat dan salah tanggapan daripada jika kita tetap berfesyen. Tamsilnya, di sekolah di mana kita memakai pakaian seragam sekolah, berpakaian fesyen boleh menimbulkan kemarahan pihak sekolah. Berpakaian fesyen di sekolah juga boleh menyebabkan pelajar saling banding-membanding. Oleh itu, dari sudut ini, tidak patut kita mengikut fesyen.