Categories
Cerpen

Kemalangan Basikal

Secara tiba-tiba, Hadi terjatuh dari basikal. Kaki Hadi tercedera dan terluka. Hadi menangis teresak-esak. Air matanya mula mengalir di pipinya. Dia meraung kesakitan.

Cuaca pada hari itu sangat cerah. Langit yang amat luas kelihatan biru lazuardi. Awan mega putih macam kapas. Loceng sekolah berdering menandakan sudah tamatnya waktu sekolah. Kantin sekolah riuh-rendah dan sibuk dengan murid-murid yang kelihatan ceria. Pada suatu hari, selepas sekolah, Ibu saya mengambil saya dari sekolah. Saya berasa lega dan senang hati kerana sekolah sudah tamat. Saya berasa sangat penat dan lelah dengan subjek Matematik kerana ada tiga waktu. Saya tidak sabar untuk pulang ke rumah. Saya ingin bermain dengan kawan-kawan saya di taman permainan.

Saya melambaikan tangan saya kepada Hadi, rakan sekelas saya. Hadi mengucapkan selamat tinggal kepada saya. Lantas, Hadi pun mengayuh basikal dengan cepat macam kilat. Mungkin, dia juga tidak sabar hendak pulang ke rumahnya. Hadi seorang pelajar yang keras kepala dan berat tulang. Dia selalu enggan mendengar arahan guru dan tidak menghantar kerja rumahnya.

Hadi mengayuh basikal di jalan raya. Jalan raya sangat berbahaya kerana ada banyak kereta dan pejalan kaki yang melintas. Secara tiba-tiba, Hadi terjatuh dari basikal. Kaki Hadi tercedera dan terluka. Hadi menangis teresak-esak. Air matanya mula mengalir di pipinya. Dia meraung kesakitan.

Ibu dan saya ternampak kejadian itu. Kami bergegas ke arah Hadi dengan pantas.

“Hadi, mari saya tolong awak,” kata saya dengan nada prihatin.

Ibu saya mengeluarkan kertas tisu lalu menekap-nekap luka pada kaki Hadi. Kemudian, Ibu mengangkat basikal itu. Saya memapah Hadi ke rumahnya.

Di rumah Hadi, Ibu Hadi sedang memasak di dalam dapur untuk menyediakan makanan untuk Hadi. Pintu rumah Hadi terbuka luas menanti kepulangan Hadi. Ibunya terkejut melihat keadaan Hadi sebegitu rupa. Dia menasihati Hadi supaya berhati-hati apabila mengayuh basikal pada masa hadapan.