Di Sebalik Kegagalan Adi

Adi melangkah masuk ke kelasnya. Beberapa minit kemudian, gurunya Cikgu Tan menerjah masuk. Beliau memberitahu Adi dan rakan-rakan sekelasnya bahawa mereka akan mendapat kembali kertas peperiksaan akhir tahun mereka. Adi berasa takut kerana dia tidak sempat mengulang kadi untuk peperiksaan itu. Malangnya, ayahnua juga sedang sakit. Adi tidak hendak membuat ayahnya memarahinya.

Adi seorang murid yang misali. Guru-gurunya selalu memuji Adi atas kerajinannya. Maklumlah, dia tidak pernah ponteng sekolah. Malahan, dia pun tidak pernah tewas menghantar kerja sekolahnya. 

Pada satu pagi, hujan turun dengan lebat. Guruh berdentam-dentum dan kilat sabung-menyabung. Mirip dengan hatinya yang kebimbangan. Maklumlah, dia tidak pernah lewat. Makanya, dia berasa bimbang dimarahi dan didenda oleh gurunya.

Mujur, ramai juga yang kesiangan kerana ada banjir kilat di jalan raya yang mengakibatkan bas tidak dapat lalu. 

Adi menerjah masuk ke kelasnya. Beberapa minit kemudian, guru Adi, Cikgu Tan pun tiba. 

Cikgu Tan memberitahu mereka akan mendapat kembali kertas peperiksaan akhir tahun mereka.

Adi mula berasa resah. Dahinya berkerut dan tangannya berpeluh. Dia tidak sempat mengulang kaji untuk peperiksaan itu. Malangnya, ayahnya juga sedang sakit. Adi tidak hendak mencetuskan api kemarahan ayahnya.

“Adi, nah ambil kertas kamu,” ujar Cikgu Tan sambil menghulurkan kertas peperiksaan kepada Adi.

Seterdapat kembali kertas peperiksaannya, Adi terduduk. Dia berasa kecewa lagi hampa. Semangatnya rebah kerana dia hanya mendapat dua puluh markah untuk peperiksaannya.

“Aku menjaga ayahku. Kenapa aku gagal?” bisik Adi dalam hati.

Pada ketika itu, Budi ternampak markah pada kertas Adi.

“Haha, kau gagal! Sah kau bodoh!” Budi mengejek dengan sinis. 

Nama sahaja Budi, tapi nilai dalam nama entah di mana.

“Ding! Dong!” loceng sekolah berdering dengan nyaring.

Adi berlari sepantas kilat ke padang sekolah. Dia menangis bak gerimis dek ejekan itu. Kawan-kawan baiknya, Ali dan Zaid mengekorinya.

“Kenapalah kau menangis? Apakah yang terjadi?” tanya Ali dengan rasa musykil.

“Budi mengejek aku tadi sebab aku gagal,” balas Adi tersedu-sedan.

Ali dan Zaid cuba memujuknya, “Jangan pedulikan dia. Dia selalu begitu,”

Mulai waktu itu, Adi mencurahkan hati kepada kawan-kawannya. Mereka bersimpati dan mula memahami reaksinya.

Zaid membelikan Adi sepaket jus. Adi berasa amat bersyukur kerana tidak sedar yang dia sangat dahaga. Waktu rehat pun berlabuh.

Sepantas kilat, Adi dan Zaid singgah ke bilik guru untuk menceritakan duduk perkara Adi.

“Saya sedih mendengar hal ini. Baiklah, nanti mari kita pergi ke kedai untuk membeli buah tangan lalu melawat ayah Adi” pesan Cikgu Tan.

Mereka mengangguk tanda setuju kemudian memberitahu Adi perancangan mereka.

Pada petang itu, dengan beg plastik yang sarat dengan buah-buahan, Adi membawa Cikgu Tan, Ali dan Zaid ke rumahnya. 

Rasa kasihan berputik di hati mereka apabila melihat ayah Adi terlantar di atas katil. Cikgu Tan menghulurkan buah tangan kepada ayah Adi. Mereka ke sana untuk menolong Adi menjaga ayahnya. Dalam pada itu, Cikgu Tan menarik Adi ke tepi untuk berbual dengannya.

“Adi, saya akan menawarkan kelas tambahan kepada kamu selepas sekolah kerana kamu harus menjaga aya kamu. Kita boleh menggunakan wadah dalam talian,” jelas Cikgu Tan.

Ali mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Tan dan berjanji untuk belajar rajin-rajin semoga ayah dan gurunya berbangga.

Cerpen ini sumbangan pelajar darjah awanama.