Pemikiran Baharu untuk Sukses Kewangan

Jalan ke arah sukses kewangan dalam era digital penuh dengan ranjau. Tetapi, kepentingan yang bertunas dalam kecerdasan emosi dapat memberi Faktor-X untuk membantu kita mengekalkan usaha dalam mencapai kemandirian kewangan.

Konsep Kecerdasan Emosi atau dikenali sebagai Emotional Intelligence (EI) ditakrifkan sebagai kebolehan untuk memahami dan mengawal emosi dengan berkesan. Ia digagas sebagai ramuan utama dalam segala apa – baik daripada aspek kepemimpinan korporat hingga jagaan kulit. Anehnya, ia juga telah mendapat tarikan dalam pelaburan berjaya, lebih-lebih lagi dalam bisnes saham. Tetapi, apakah ia? Bolehkah kita memperbaiknya? Bagaimanakah EI dapat membantu kita untuk membuat wang kita berusaha dengan lebih gigih?

Ini bukanlah idea baharu. Beberapa kajian telah menyerlahkan kaitan antara EI dan kejayaan. Seperti contoh, kajian Dunedin di New Zealand telah memantau dan mengkaji lebih daripada 950 orang, daripada pelbagai latar hidup dan sosioekonomi sejak lebih 50 tahun yang lalu.

Hasil kajian menunjukkan bahawa orang yang mampu menangguh kepuasan (delayed gratification), dan mereka yang mampu mengawal reaksi emosi dalam suatu waktu demi manfaat masa depan mereka, lebih ketara mencapai sukses kewangan dalam hidup mereka.

Pakar psikologi seperti Daniel Goleman meramalkan bahawa EI akan menjadi lebih penting pada masa hadapan. Dengan kemajuan teknologi, ini bermakna informasi akan menjadi lebih bebas dan mudah diakses.

Seperti pengkaji dalam eksperimen Dunedin dapati, EI satu-satunya penentu utama dalam kejayaan seseorang, manakala faktor lain seperti kecerdasan otak (IQ), prestasi akademik, budaya, pengalaman atau warisan harta memainkan peranan kecil kalaupun ada.

Apa yang memberangsangkan, ada beberapa cara untuk memahami, mengawal dan memperkuat EI kita demi membina tabiat kewangan berteraskan keseimbangan emosi.

Bayar Dahulu, Beli Kemudian

Carilah cara-cara untuk mengamalkan seni penangguhan kepuasan segera. Ini boleh dalam bentuk pembayaran pantas segala hutang, mengurangkan perbelanjaan untuk meningkatkan simpanan, ataupun membekalkan makan tengah hari sendiri untuk menikmati makan malam yang lebih enak. Apa pun, tepuk dada lalu bertanya, “Adakah saya akan mempunyai lebih keesokan hari jika saya tidak menjimatnya hari ini?”

Merombak Pantang Larang Kuno

Kita semua mewarisi perangai dan tingkah daripada orang tua kita, lebih-lebih lagi dalam aspek hutang dan perbincangan tentang kewangan. Berlatihlah berbincang tentang pahit manis perjalanan kewangan kita dengan orang yang diyakini tanpa gentar, kiasan atau ego dan tanyalah soalan untuk mempelajari daripada pengalaman orang lain. Ini akan membantu kita dalam mengenalkan dan membiasakan perkara-perkara yang tersembunyi daripada tirai rahsia dan rasa malu.

Mainkan Permainan Tanpa Batas

Kurangkan kerisauan tentang bagaimana prestasi hidup kita berbanding dengan orang lain. Sebaliknya, lihatlah apa yang ada dalam tangan lalu cubalah perbaiknya. Buatlah pembaikan yang tetap dan malar berdasarkan sejarah sendiri. Dengan memberi tumpuan kepada apa yang kita ada, kita mengurangkan kemungkinan dimomok dengan apa yang kita tiada.

Bertenang

Kita selalunya mempunyai lebih masa daripada yang dijangkakan. Ada rencaman pilihan yang lebih baik antara fikiran dan aksi. Lebih jurang yang diberikan antara dua ranah itu, lebih baik dan kurang berlakunya tindakan reaktif.

Jelaskan untuk Jinakkan Emosi

Gunakan roda emosi untuk meningkatkan leksikon emosi dan amati apakah perasaan jika kita menyalakan atau meredamkan emosi tersebut. Ini adikuasa kita – mengetahui bagaimana hendak mengawalnya sendiri dan orang lain gerbang ke arah kecerdasan emosi yang lebih kuat.

Jadilah Seorang Pakar

Pelajari segala apa semampunya tentang kelas-kelas aset atau industri yang dilaburkan. Ini akan mengurangkan panik dalam kejadian yang tidak terduga. Ia juga membolehkan kita mengenal pasti dengan lebih baik sikap tidak munasabah dalam pasaran.

Artikel ini dipetik, disunting, diterjemah lalu diubah suai daripada Money Magazine, isu Oktober 2022. Money Magazine majalah kewangan peribadi yang paling lama dan paling banyak dibaca. Untuk artikel sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris, sila lungsuri https://www.moneymag.com.au/.